BUKIT MERTAJAM: Empat lelaki termasuk dua anggota polis ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian menyamar sebagai pegawai polis dan samun warga asing, dalam kejadian di rumah kongsi di Simpang Ampat di sini Sabtu lepas.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin berkata empat lelaki berumur 24 hingga 37 tahun itu ditahan secara berasingan bermula 4.30 petang di sekitar daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di sini selepas pihak polis menerima laporan berhubung kejadian terbabit.
"Seorang pekerja asing di rumah kongsi itu iaitu lelaki warga Nepal berusia 26 tahun membuat laporan polis mendakwa dia telah disamun oleh pihak polis dalam kejadian di rumah kongsi tapak pembinaan itu kira-kira 1.30 pagi sehingga kerugian RM820.
"Menurut mangsa, ketika dia dan rakan-rakannya sedang tidur tiba-tiba pintu rumah telah diketuk dan sebaik membukanya terdapat tiga lelaki mengenakan pakaian biasa memperkenalkan diri sebagai polis," katanya kepada Bernama hari ini.
Khaw berkata selepas itu, tiga lelaki berkenaan telah masuk ke dalam lalu menggeledah rumah kongsi dan meminta RM5,000, namun mangsa tidak mempunyai wang seperti yang diminta dan menyerahkan wang berjumlah RM520 sahaja.
Beliau berkata seorang daripada rakan warga asing itu juga dipukul oleh suspek yang turut bertindak mengambil sebuah telefon bimbit milik mangsa sebelum bertindak keluar dari rumah kongsi itu.
Khaw berkata siasatan awal yang dijalankan mendapati lokasi kejadian itu berada di dalam kawasan pembinaan sebuah kilang dan hasil semakan di tempat kejadian mendapati terdapat kamera litar tertutup yang merekodkan pergerakan tiga suspek itu, namun rakamannya tidak jelas.
"Dua anggota polis yang ditahan itu ialah konstabel dan koperal yang bertugas di Unit Rondaan Bermotosikal.
"Dua lagi merupakan orang awam dengan seorang daripadanya menyamar sebagai pegawai polis dan seorang lagi ialah pegawal keselamatan di tapak pembinaan yang dipercayai turut mempunyai kaitan dalam kejadian itu," katanya.
Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan serta dua orang awam yang ditahan itu masing-masing mempunyai lima dan sembilan rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.
Empat lelaki itu menurutnya, direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 395 dan 170 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 07 2023
Khaw berkata siasatan lanjut sedang dijalankan serta dua orang awam yang ditahan itu masing-masing mempunyai lima dan sembilan rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah. - Gambar fail/Unsplash
AWANI Ringkas: Kuala Lumpur komited pupuk hubungan demi kemakmuran bersama
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan terus komited pupuk hubungan dengan negara China
Kerajaan akan terus komited memupuk hubungan Malaysia-China demi kemakmuran rakyat dan masyarakat serantau.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan di platform X pada Jumaat berkata, beliau juga tidak sabar menunggu lawatan Perdana Menteri China Li Qiang ke Malaysia semasa bagi meraikan ulangtahun yang ke-50 hubungan Malaysia-cChina.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan di platform X pada Jumaat berkata, beliau juga tidak sabar menunggu lawatan Perdana Menteri China Li Qiang ke Malaysia semasa bagi meraikan ulangtahun yang ke-50 hubungan Malaysia-cChina.
[INFOGRAFIK] Hubungan Diplomatik Malaysia-China
Berikut adalah info berkenaan dengan hubungan diplomatik Malaysia-China.
Zoo Melaka sasar 5,000 pengunjung sempena program MBLM esok
Zoo Melaka menyasarkan kemasukan kira-kira 5,000 pengunjung sempena pelaksanaan Program Melaka Bila Larut Malam (MBLM) bermula esok, kata Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datin
Malaysia-China komited terus kukuhkan hubungan diplomatik
Pertemuan itu sempena lawatan rasmi beliau yang pertama ke republik berkenaan bermula 22 Mei hingga esok.
Penyakit mulut bakal diberi keutamaan, dimasukkan dalam agenda NCD global
Penyakit mulut bakal menjadi keutamaan dan dimasukkan ke dalam agenda penyakit tidak berjangkit (NCD) yang baharu.
Kerajaan tekad nokhtahkan kemiskinan tegar di Sabah akhir Julai ini - PM
Kerajaan bertekad mahu noktahkan kemiskinan tegar di Sabah sebelum akhir Julai tahun ini.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.96 mata kepada 1,609.22 daripada 1,604.26 semalam.
Ringgit dibuka dalam sentimen positif berbanding dolar AS
Ringgit dibuka dalam sentimen positif berbanding dolar AS hari ini berikutan permintaan yang rendah terhadap mata wang AS itu.
Rapid Rail lakar sejarah, rekod sejuta pengguna dalam sehari
Jumlah itu adalah yang paling tertinggi pernah dicapai sejak penubuhannya.
JAINJ pertingkat pemantauan ajaran sesat di Ulu Tiram
Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) akan meningkatkan pemantauan berhubung dakwaan penyebaran ajaran sesat di Ulu Tiram, Johor Bahru.
Angka korban rakyat Palestin di Gaza hampiri 34,600 orang
Angka kematian warga Palestin akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober lepas telah meningkat kepada 34,596 orang, kata Kementerian Kesihatan di wilayah itu pada Khamis.
Rangka manusia dijumpai di Gemas
Satu rangka manusia dijumpai di ladang kelapa sawit Felda Sungai Kelamah, Gemas, Tampin pada 2.10 petang hari ini.
Insiden selisih faham di Taiping, polis minta saksi tampil bantu siasatan
Pemilik akaun Facebook 'Kelvin Lim' dan orang awam yang ada maklumat diminta tampil melengkapkan siasatan polis terhadap video tular itu.
Tiga cedera kereta terjunam dalam tali air di Alor Setar
Tiga cedera termasuk seorang wanita selepas kereta yang dinaiki mereka terjunam ke dalam tali air di Kampung Gunung Sali di sini hari ini.
KK Mart: Polis rakam keterangan tujuh individu
Polis telah mengambil keterangan daripada tujuh individu bagi membantu siasatan kes sebuah kedai serbaneka KK Mart di Jalan Bruseh, dekat Bidor dilempar bom petrol pada minggu lepas.
JBPM siasat butik terkenal ingkar arahan masuk premis terbakar
JBPM akan menjalankan siasatan terhadap pemilik sebuah butik terkenal di Bangi, Selangor yang dipercayai telah mengingkari arahan dengan memasuki premisnya yang terlibat dalam kebakaran.
Al Jazeera tuntut pembebasan segera wartawan
Ismail ditangkap pada pagi Isnin bersama beberapa wartawan lain ketika membuat liputan serangan tentera Israel ke atas hospital itu.
Jumlah korban warga Palestin angkara serangan Israel mencecah 31,726 sejak 7 Oktober
Sekurang-kurangnya 81 warga Palestin maut dan 116 lagi cedera dalam 24 jam lepas berikutan serangan berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Okt.
Kes bayi maut dicampak: Polis rakam percakapan empat individu
Polis sudah merakam percakapan empat individu berhubung kes seorang bayi lelaki yang ditemukan maut di sebuah kondominum di Sri Petaling pada Sabtu lalu.